Sep 11, 2008

Late Edition: UIAM, class of 2008

Tahniah Along!

Ucap tahniah bertalu diterima dari semua. Alhamdulillah, majlis konvokesyen telah selamat diadakan 25 Ogos lalu.

Yang paling hebatnya, hari konvo saya tidak hujan! Panas betul, sedang hari sebelum dan selepasnya hujan turun mencurah-curah. Terima Kasih Tuhan..

------

'Kaifa halukum, kabare, ape kabo, how's life ?'

Gembira sungguh jumpa kawan-kawan lama. Ada yang dah 'berisi'. Syukurlah. Tak lama lagi, bertambahlah umat Muhammad :)

Bila bersua, banyak cerita yang kami kongsi. Yang paling menarik saya kira yang ini..

"Aku ingat masa belajarlah zaman yang paling menyiksa kita, tapi ada lagi zaman yang memeritkan dari itu"

Apa dia?

"Alam kerjalah"

Haha..gelak kami yang mendengarnya. Ada juga benarnya tu. Langsung, kami juga bersyukur dek sekian lama berjuang, kini segulung ijazah berjaya digenggam. Alhamdulillah :)

-------

"BHS (Psychology)(Hons)"

Teman sekuliah ramai juga yang dah bekerja. Ada juga yang dah sambung master. Alhamdulillah, rezeki masing-masing.

Saya?

Saya cakap, "saya masih nak 'korek-korek' dunia perguruan". Mana tau ada lagi peluang emasnya.

Kawan cakap, "tapi, alang-alang kau dah ada ijazah psikologi ni, buat teruslah MASTER..."

(';')

Erm, saya belum mahu 'further'. Saya senang dengan dunia sekarang.

-------

"Human Scientist"

...di peluang yang Tuhan beri kala ini, saya mahu menjadi ejen perubah yang di'canang'kan. Guna peluang dengan kadar terbaik (sementara terus juga mencari dan menggali peluang seterusnya ;)

Di hadapan saya, terdapat jutaan 'manusia kenit' untuk 'dibentuk menjadi 'modal insan' yang terbaik! Saya kan HUMAN SCIENTIST \^_^/

Dan, bidang perguruan terbuka luas demi merealitikan impian tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Salam alaikum.

guru, pekerjaan mulia.

lagi mulia;
andai mendidik ke arah
kebaikan
kebenaran

ilmu,
meninggikan seseorang

jadilah seperti padi,
makin berisi makin ia tunduk
jua memberi manfaat.

=)